Pages

Sunday, March 22, 2009

pergi workshop tapi bukan hantar kereta rosak

Penat dan mengantuk dari Penang terpaksa ditolak ke tepi.

Saya gagahkan juga diri bangun pagi2 buta untuk belajar sesuatu yang baru. Saya sebenarnya lansung tak ada info mengenai workshop ini. Semua 'diuruskan' oleh orang yang tak cabut nama saya untuk mendapat totebag yang menjadi igauan ramai orang itu.

Workshop Fotografi Kanak2 ini anjuran Duniafotografi.com. Sekarang ini taulah saya apa itu ISO, aperture dan shutter. Terasa rendah gak diri saya ini yang memang azalinya rendah sebab semua orang dengan camera yang gempak2... dengan lense yang bermacam2 size. Manakala saya hanya menggunakan kit lens jer. Eh betul ke kit lens jer ek...

Sememangnya workshop sebegini memang amat bermakna buat saya yang buta camera.

Antara yang saya snapkan... terdapat banyak kecacatan pada gambar itu... biasalah budak baru belajarkan.

Model yang lawa dan cute.


Background yang tak clear sebab nampak kon dan tiang lampu. Ini membuatkan saya menggeletis untuk membeli lense 1.8 50mm supaya background akan menjdi kabur sekaburnya.


Untuk menghasilkan gambar ini kitorang terpaksa menjadi 'askar'.


Saya belajar mengenai shutter semasa mengambil gambar ini.


Friday, March 13, 2009

agak2 apa akan jadi dengan kain ini

kain bukan main duk beli... tapi tataulah menjadi ke tak nanti.
semua yang dibeli harga memanglah sangat murah.
maklumlah saya ni kan budak baru belajar.
dah ler kain yang murah pilihan sungguhlah terhad.
satu jer yang saya pasti apa nak dikerjakan dengan kain tersebut.
baju kurung anak dara dengan kain colour pink itu.
yang lain2 kita tunggu dan lihat sajalah.

Wednesday, March 11, 2009

mesti dia rasa bangga

sungguh pocoyo statement itu.


walaupun hakikatnya masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari. saya haraplah sudilah kiranya orang kopil itu menjadikan saya pelajar dia. berharap sangat2.

gaun ala cheongsam ini terketat sikit tang perut. mana tidaknya... potong kain sesuka hati jer. apa yang terlintas di benak fikiran terus dilakarkan di atas kain. konon2 betullah tu. last2 ketat. dikhuatiri anak dara akan tersungkur ketika berjalan maka gaun ini terpaksa dibelah kiri dan kanan. sebab itulah saya namakannya gaun cheongsam.

gaun cheongsam ini datang bersama mini tote bag. hasil lebihan gaun dan atas rasa sayang nak dibuang begitu saja.

Tuesday, March 10, 2009

beli baju percuma sarung bantal

Kain telah dipilih sendiri oleh tuan punya badan.

Sungguh projek mak limah betulkan saya ni. Ini jer yang termampu untuk 'saya' lakukan. Maklumlah saya ni tukang jahit profesional amatur jer. Bukanlah macam orang Kopil itu yang memang terbukti oleh Sirim dah.

Walaupun saya nampak simple dan senang jer nak buat benda alah ni... tapi tahap terkialan itu sungguhlah tinggi sekali. Nasib baiklah...Bab jahit menjahit ni saya memang kalah teruk kepada
orang Kopil.