Penat dan mengantuk dari Penang terpaksa ditolak ke tepi.
Saya gagahkan juga diri bangun pagi2 buta untuk belajar sesuatu yang baru. Saya sebenarnya lansung tak ada info mengenai workshop ini. Semua 'diuruskan' oleh orang yang tak cabut nama saya untuk mendapat totebag yang menjadi igauan ramai orang itu.
Workshop Fotografi Kanak2 ini anjuran Duniafotografi.com. Sekarang ini taulah saya apa itu ISO, aperture dan shutter. Terasa rendah gak diri saya ini yang memang azalinya rendah sebab semua orang dengan camera yang gempak2... dengan lense yang bermacam2 size. Manakala saya hanya menggunakan kit lens jer. Eh betul ke kit lens jer ek...
Sememangnya workshop sebegini memang amat bermakna buat saya yang buta camera.
Antara yang saya snapkan... terdapat banyak kecacatan pada gambar itu... biasalah budak baru belajarkan.
Model yang lawa dan cute.
Background yang tak clear sebab nampak kon dan tiang lampu. Ini membuatkan saya menggeletis untuk membeli lense 1.8 50mm supaya background akan menjdi kabur sekaburnya.
Untuk menghasilkan gambar ini kitorang terpaksa menjadi 'askar'.
Saya belajar mengenai shutter semasa mengambil gambar ini.
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment