Pages

Sunday, August 15, 2010

mama punya

jahitan manik beriring di lengan baju...


sangat kesian baju ini sebab entah berapa kali saya jahit dan bukak balik jahitan manik2 sebab tidak memenuhi citarasa. nak ikutkan hati ini pun masih tak puashati tapi sebab takut hancur baju itu dikerjakan saya... pejamkan mata jelah.

Tuesday, August 3, 2010

mama pun nak jugak...

takkan anak jer bergaya dengan baju bermanikkan. maknya pun nak jugak.


kuatkan semangat... kuatkan semangat.

Monday, August 2, 2010

bila raya bakal menjelma...

maka si rina pun akan buat perangai.


baju kurung raya anak dara telah siap untuk digayakan di pagi raya.

Monday, March 29, 2010

kelabu kalernya

inilah hasilnya... sehelai tops untuk cik mek. design ikut design sundress ini.

takde gambar close up. ini jer yang paling jelas yang menampakkan cik mek memakainya.

Thursday, March 11, 2010

genggam bara api

rasa macam semangat sedang membara. tapi kadang2 semangat di hati ini cepat pulak sejuknya.

sebab saya ni masih ditakuk amatur. maka kain yang dibeli pun mestilah murahan saja. belum ada keberanian lagi untuk menjahit dengan kain mahal-lawa-giler-sampai-tengok-sahaja-jadi-meroyan-tahap-dewa. saya hanya berani cop2 saja. m21 aku nak, r09 nak, r06 jua, s01 tak ketinggalan, m12pn... dan list cop makin panjang makin panjang. meroyan okay.

Thursday, February 25, 2010

dan hasil yang tak seberapa...

setelah hampir seminggu tersadai. malam tadi berusaha dengan segigih mungkin untuk menyiapkannya.

nasib baik cik mek belum tidur lagi. maka, haruslah dia menjadi model.

Monday, February 22, 2010

start balik

dah halfway siap...

tataulah bila nak siap sepenuhnya.

Saturday, September 26, 2009

aidilfitri 1430

@ SL Ji.as

@ Ku.bang Bem.ban

Wednesday, September 9, 2009

phewittt...

am.y sear.ch dan spek mata lalat memang sinonimkan. tapi saya bukan nk cerita pasal raja rock ni pun...

saya telah berjaya menyiapkan mata lalat di leher baju kurung anak dara saya malam tadi. sekejap jer buat.

balik kampung last 2 weeks sempat mintak adik ipar saya ajarkan cara2 nak jahit mata lalat. senang jer rupanya. kalau tulang belut confirmed saya tanak belajar. susah saya nampak prosesnya.

Monday, August 24, 2009

mamalah pulak...

takkan asyik2 baju anak dara jer kan... mama pun nak melawa jugak.

Tuesday, August 18, 2009

lip lap lip lap...

settled...

Tuesday, August 11, 2009

kelainan sikit

badan tetap pakai felt... cuma embellishment pakai labuci. dan klip pulak pakai alligator clip. nampak gaya saya kena beli riben yang sesuai untuk digunapakai pada alligator klip ini.

Monday, August 3, 2009

tempahan bulan august ditutup

muahahaha. tak kuasa saya nak ambik tempahan weiii. nak siapkan jahitan manik di keliling leher baju kurung anak dara ni pun saya dah berjaya memeningkan kepala saya sendiri. terpaksa telan ubat pening kepala lagi sebab berpusing2 bagai baru lepas naik rollercoster jer. or because of my pms yang buatkan kepala saya pening ek. takpelah... kita salahkan manik2 jelah lagi senang.

1st time tau saya buat kerja2 menjahit manik2 yang halus ini. tak pernah seumur hidup lagi saya buat kerja giler macam ni.

antara manik dengan labuci pun saya kurang pasti pada mulanya. siap tanya macam2 soalan kat orang kedai. nasib baiklah amoi tu layan saya.


next project... jahit manik di baju raya saya pulak. itu pun sebab salah satu baju raya saya nanti plain material. so mau kasi lagi gempak... kenalah bertungkus lumus untuk membling2kan baju saya itu.

Thursday, July 16, 2009

merahnya mak ngah

belum siap pun lagi sepit ni. saya just main tabur2 jer manik tu. hasilnya nanti maybe akan berlainan sikit dari gambar ini.

Tuesday, July 14, 2009

tapi puashati...

sangat puashati walaupun jahitan masih suka suki...

Saturday, July 11, 2009

projek terkini yang hampir membuatkan saya gila

poyo jer lebih tajuk.
... tapi betullah. sipi2.
...tapi semangat kena kental


Tuesday, June 30, 2009

sepantas kilat...

... saya akan buat hairclip anak dara untuk disuaipadankan dengan baju yang akan dia pakai. design pulak ikut terlintas di benak fikiran jer. A saya imagine maka A lah yang akan saya buat.

Monday, June 29, 2009

merah menyala mesti terngiang2 lagu yu.sry kr.u

hairband dibuat untuk disesuaikan dengan tema party arman.d dub.ies. simple design sebab kebuntuan akal fikiran.

Monday, June 8, 2009

saya pun nak jugak

berzaman dah tak melembutkan jari jemari... jadi weekend lepas semangat berkobar2. lepas gian sudah...

inilah hasilnya lepas RINA buat perangai...

Monday, May 18, 2009

Cip Cip Cip

patutnya saya hadiahkan yang ini pada si dia. tapi saya berubah hati... sebab jahitan saya di sini sungguh kureng memuaskan. malas nak bukak balik dan jahit semula.
jadi saya hadiah cik burung kepada dia.

depan

belakang