Pages

Saturday, September 26, 2009

aidilfitri 1430

@ SL Ji.as

@ Ku.bang Bem.ban

Wednesday, September 9, 2009

phewittt...

am.y sear.ch dan spek mata lalat memang sinonimkan. tapi saya bukan nk cerita pasal raja rock ni pun...

saya telah berjaya menyiapkan mata lalat di leher baju kurung anak dara saya malam tadi. sekejap jer buat.

balik kampung last 2 weeks sempat mintak adik ipar saya ajarkan cara2 nak jahit mata lalat. senang jer rupanya. kalau tulang belut confirmed saya tanak belajar. susah saya nampak prosesnya.

Monday, August 24, 2009

mamalah pulak...

takkan asyik2 baju anak dara jer kan... mama pun nak melawa jugak.

Tuesday, August 18, 2009

lip lap lip lap...

settled...

Tuesday, August 11, 2009

kelainan sikit

badan tetap pakai felt... cuma embellishment pakai labuci. dan klip pulak pakai alligator clip. nampak gaya saya kena beli riben yang sesuai untuk digunapakai pada alligator klip ini.

Monday, August 3, 2009

tempahan bulan august ditutup

muahahaha. tak kuasa saya nak ambik tempahan weiii. nak siapkan jahitan manik di keliling leher baju kurung anak dara ni pun saya dah berjaya memeningkan kepala saya sendiri. terpaksa telan ubat pening kepala lagi sebab berpusing2 bagai baru lepas naik rollercoster jer. or because of my pms yang buatkan kepala saya pening ek. takpelah... kita salahkan manik2 jelah lagi senang.

1st time tau saya buat kerja2 menjahit manik2 yang halus ini. tak pernah seumur hidup lagi saya buat kerja giler macam ni.

antara manik dengan labuci pun saya kurang pasti pada mulanya. siap tanya macam2 soalan kat orang kedai. nasib baiklah amoi tu layan saya.


next project... jahit manik di baju raya saya pulak. itu pun sebab salah satu baju raya saya nanti plain material. so mau kasi lagi gempak... kenalah bertungkus lumus untuk membling2kan baju saya itu.

Thursday, July 16, 2009

merahnya mak ngah

belum siap pun lagi sepit ni. saya just main tabur2 jer manik tu. hasilnya nanti maybe akan berlainan sikit dari gambar ini.

Tuesday, July 14, 2009

tapi puashati...

sangat puashati walaupun jahitan masih suka suki...

Saturday, July 11, 2009

projek terkini yang hampir membuatkan saya gila

poyo jer lebih tajuk.
... tapi betullah. sipi2.
...tapi semangat kena kental


Tuesday, June 30, 2009

sepantas kilat...

... saya akan buat hairclip anak dara untuk disuaipadankan dengan baju yang akan dia pakai. design pulak ikut terlintas di benak fikiran jer. A saya imagine maka A lah yang akan saya buat.

Monday, June 29, 2009

merah menyala mesti terngiang2 lagu yu.sry kr.u

hairband dibuat untuk disesuaikan dengan tema party arman.d dub.ies. simple design sebab kebuntuan akal fikiran.

Monday, June 8, 2009

saya pun nak jugak

berzaman dah tak melembutkan jari jemari... jadi weekend lepas semangat berkobar2. lepas gian sudah...

inilah hasilnya lepas RINA buat perangai...

Monday, May 18, 2009

Cip Cip Cip

patutnya saya hadiahkan yang ini pada si dia. tapi saya berubah hati... sebab jahitan saya di sini sungguh kureng memuaskan. malas nak bukak balik dan jahit semula.
jadi saya hadiah cik burung kepada dia.

depan

belakang

Thursday, May 14, 2009

selamat pagi cikgu

AI : boy nak beli benda bulat2 pakai kat rambut untuk cikgu. kat koperasi sekolah ada.
Mama : apa tu...
AI : alah yang bulat2 tulah (sambil buat gaya)
Mama : ooo cekak rambut ke...


Hrmmm...


Mama : malam nanti mama jahit buat keychain jelah untuk cikgu boy, ok tak...
AI : OK


Maka, terhasillah ini... eh eh, love color orange tak kelihatan. mana dia menghilang.


mahu jelita...



barang dagangan : tudung ala2 aria.ni (awning & body dari material yang sama, iaitu lycra)
harga : rm40 tunai
pick up point : kl.cc, amp.ang p.ark, t.he wel.d, pr.ecint 1 putra.jaya, lr.t sta.tion tama.n mela.ti dan putrajaya, precint 1 (during weekdays)



sample 1




sample 2

Tuesday, May 12, 2009

H for...

milik siapakah stokin ini...

Monday, May 4, 2009

untuk budak pink

walaupun hanya rambut doll tu jer yang berwarna pink. tak dapat nak buat body colour pink sebab felt yang ada dalam koleksi saya sangat2lah light pinknya. nanti cepat kotor. ada alasanlah nak dapatkan felt pink yang lain.

pandangan hadapan

pandangan belakang

Card Holder

inspired by tety... jadi dengan bertungkus lumusnya saya dan syamimi buat pouch untuk diisi kad2 yang bergelimpangan dalam purse masing2.

separuh hasil kerastangan pouch ini dihasilkan oleh tuan punya badan sendiri.

mula2 jahit butang di atas kepala burung itu... tapi bukak balik sebab nampak cam hari deepavali pulak.

bahagian belah dalam yang dijahit dengan 'kacing tah'.

Thursday, April 30, 2009

Si Lumpy dan Si Giffy

nasib baik mereka berdua dengar cakap... kalau tak bertambah letihlah saya.

kat rumah duduk diam2 tau... jangan nak sepahkan rumah plak.

Tuesday, April 28, 2009

tak perlu lagi

lain kali tak perlulah lagi saya menghayunkan langkah ke amp.ang par.k untuk membeli felt sebab kedai area rumah saya pun ada jugak. dan harganya sungguh murah sekali. tapi pilihan warna agak kurang.

betullah maya, saya beli butang 2 lubang kat kedai area rumah saya. malam tadi saya telah meroyan tengok butang2 tersebut. sampaikan amoi kedai tanya saya "cikgu ke..?" "ehh taklah, kenapa?". "ingatkan cikgu... nak ajar budak2 kenal colour".

menara condong pisa

ad.ib irfan punya kerja...


inilah segala benda yang berkaitan dengan kerja2 menjahit saya. sungguh tak sistematik dan menarik langsung.

Monday, April 27, 2009

hitam putih kehidupan

sekuntum bunga untuk dihiasi di kepala anak dara yang sudah sukar untuk disepit dengan apa sepit sekalipun. sekejap jer mampu bertahan.

idea bunga putih ni dari orang yang ada banyak sangat kelip rambut. tapi i'm sure one fine day she will come out with the cutest bunga putih. percayalah cakap hamba...

rumah baru telefon bimbitku

saya memang penggemar 'stokin' untuk handphone... pantang tengok yang cun, pasti akan dicapai.

alang2 semangat sedang membara... try jelah buat seketul.

malam tadi, incik suami bagi saya macam2 idea untuk buat 'stokin' ni...

tunggu dan lihat jelah sama ada akan dapat direalisasikan ke tidak...

Friday, April 24, 2009

dia buat perangai lagi

nak try buat 'stokin' untuk handphone... ntah jadi ntah tidak.



woweerina : yang... saya dah beli felt hitam awak. tapi agak2 saya punya tak cukup, saya belasah awak punya. lagipun next outing kita lambat lagikan. 2-3kali lagi saya boleh terjah am.pang par.k.

makin jatuh cinta sama dia

kadang2... sambil tengok tv saya jahit benda ni.

makin syoklah pulak walaupun masih belum mencapai tahap yang memuaskan lagi.

Monday, April 20, 2009

dalam tanak buat lagi

...lagi 2 ketul saya berjaya buat. yang ni memang lastlah sebab saya hanya beli 4 ketul clip jer. saya beli kat chame.lon, kl.cc. mahal bebenor.

Friday, April 17, 2009

pertama dan mungkin yang terakhir

bersengkang mata untuk menyiapkan hanya 2 ketul hair clip ni.

yup... mungkin ini yang pertama dan yang terakhir. saya tak mempunyai banyak kesabaranlah untuk membuat benda2 cinonet macam ini.

Wednesday, April 15, 2009

projek yang tertangguh

saya kena tajamkan dulu skill menjahit, barulah projek ini akan saya teruskan kembali.



woweerina : saya dah tau jahit blanket stich. thank you my friend, yup saya maksudkan awak. saja taknak buat link. nak bagi awak perasan dan faham 'storyboard' saya. walaupun hakikatnya takde sangkut paut langsung.

Monday, April 13, 2009

macam tak percaya

saya berjaya menyiapkan sepasang kurung biru pink untuk anak dara saya. dengan pertolongan anak tukang jahit dan tutorial dari orang Kopil... berjaya juga akhirnya.

tapi paling tension bab nak jahit leher.

bab nak jahit lurus tu kurang bagi masalahlah kepada saya... tapi bila tiba nak jahit melengkung... adoiii rasa nak buang mesin jahit dari beranda rumah saya jer.

memang terujalah dapat buat baju kurung dengan saya yang memang langsung takde asas menjahit ni.

Friday, April 10, 2009

berjumpa juga kita akhirnya

beli jelah dulu.


bila nak buat...
apa nak buat...

wallahualam.

Sunday, March 22, 2009

pergi workshop tapi bukan hantar kereta rosak

Penat dan mengantuk dari Penang terpaksa ditolak ke tepi.

Saya gagahkan juga diri bangun pagi2 buta untuk belajar sesuatu yang baru. Saya sebenarnya lansung tak ada info mengenai workshop ini. Semua 'diuruskan' oleh orang yang tak cabut nama saya untuk mendapat totebag yang menjadi igauan ramai orang itu.

Workshop Fotografi Kanak2 ini anjuran Duniafotografi.com. Sekarang ini taulah saya apa itu ISO, aperture dan shutter. Terasa rendah gak diri saya ini yang memang azalinya rendah sebab semua orang dengan camera yang gempak2... dengan lense yang bermacam2 size. Manakala saya hanya menggunakan kit lens jer. Eh betul ke kit lens jer ek...

Sememangnya workshop sebegini memang amat bermakna buat saya yang buta camera.

Antara yang saya snapkan... terdapat banyak kecacatan pada gambar itu... biasalah budak baru belajarkan.

Model yang lawa dan cute.


Background yang tak clear sebab nampak kon dan tiang lampu. Ini membuatkan saya menggeletis untuk membeli lense 1.8 50mm supaya background akan menjdi kabur sekaburnya.


Untuk menghasilkan gambar ini kitorang terpaksa menjadi 'askar'.


Saya belajar mengenai shutter semasa mengambil gambar ini.


Friday, March 13, 2009

agak2 apa akan jadi dengan kain ini

kain bukan main duk beli... tapi tataulah menjadi ke tak nanti.
semua yang dibeli harga memanglah sangat murah.
maklumlah saya ni kan budak baru belajar.
dah ler kain yang murah pilihan sungguhlah terhad.
satu jer yang saya pasti apa nak dikerjakan dengan kain tersebut.
baju kurung anak dara dengan kain colour pink itu.
yang lain2 kita tunggu dan lihat sajalah.

Wednesday, March 11, 2009

mesti dia rasa bangga

sungguh pocoyo statement itu.


walaupun hakikatnya masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari. saya haraplah sudilah kiranya orang kopil itu menjadikan saya pelajar dia. berharap sangat2.

gaun ala cheongsam ini terketat sikit tang perut. mana tidaknya... potong kain sesuka hati jer. apa yang terlintas di benak fikiran terus dilakarkan di atas kain. konon2 betullah tu. last2 ketat. dikhuatiri anak dara akan tersungkur ketika berjalan maka gaun ini terpaksa dibelah kiri dan kanan. sebab itulah saya namakannya gaun cheongsam.

gaun cheongsam ini datang bersama mini tote bag. hasil lebihan gaun dan atas rasa sayang nak dibuang begitu saja.

Tuesday, March 10, 2009

beli baju percuma sarung bantal

Kain telah dipilih sendiri oleh tuan punya badan.

Sungguh projek mak limah betulkan saya ni. Ini jer yang termampu untuk 'saya' lakukan. Maklumlah saya ni tukang jahit profesional amatur jer. Bukanlah macam orang Kopil itu yang memang terbukti oleh Sirim dah.

Walaupun saya nampak simple dan senang jer nak buat benda alah ni... tapi tahap terkialan itu sungguhlah tinggi sekali. Nasib baiklah...Bab jahit menjahit ni saya memang kalah teruk kepada
orang Kopil.

Tuesday, February 3, 2009

skirt d.i.y

Dengan berbekalkan semangat yang tinggi dan imaginasi yang caca merba... lebihan seluar jeans telah saya transformasikan menjadi skirt untuk anak dara saya.


2 benang yang berwarna pink dan biru saya gunakan untuk menjahit skirt ini. Itu pun belas ihsan dari sewing kit hotel mana ntah yang memang ada dalam drawer saya.

Nasib baik dulu kala saya pernah beli 1 bekas jarum. Jadi saya ambil jarum yang paling tebal dan besar sekali untuk merealisasikan hasil saya ini.

Yup... dalam masa setengah jam saya berjaya mencipta sehelai skirt ketat utk anak dara saya. Tapi bukan 100% siaplah. Getah pinggang pun blom ada. Tapi nasib menyebelahi saya... tak payah getah pinggang pn anak dara saya dah boleh menggayakan skirt DIY itu. Ngam2 muat lubang skirt itu dengan pinggang anak dara saya ni.

Skill menjahit saya memang out gilerlah. Tak caya tengoklah gambar kat atas. Asalkan tertutup mana yang terbukak... jadilah. Untuk hasil yang lagi memuaskan saya kena hantar jahit kat kedai... takpun orang tu boleh tolong saya. Boleh.. boleh.. boleh (ikut gaya Upin ke Ipin cakap).